Berikut adalah beberapa tips yang berguna untuk dipertimbangkan bagi membantu anda bagaimana mengatasi perasaan takut atau gemuruh semasa Pengucapan Awam:
- Cuba untuk tidak menetapkan harapan yang terlalu tinggi kepada diri anda sendiri dengan meletakkan tanggapan yang lebih tinggi terhadap diri anda. Ingat, semua manusia bukannya sempurna. Jadi, jangan fikir perlu melakukan pembentangan dengan terlalu sempurna.
- Sebelum bercakap di hadapan orang ramai, elakkan menganggap bahawa anda mempunyai ilmu yang terlalu luas dan bahawa anda tidak boleh membuat kesilapan yang terlalu besar.
- Sentiasa membuat persiapan dan bersedia kerana anda perlu memastikan mesej anda perlu disampaikan dalam cara yang paling ringkas dan mudah difahami.
- Anda tidak perlu untuk menjadi sempurna, semua yang diperlukan adalah anda sentiasa bersiap sedia kerana ini akan membuatkan anda kurang takut untuk melakukan kesilapan.
- Anda perlu menyediakan dan mempunyai hanya dua atau tiga idea utama atau poin yang boleh membantu dalam menyediakan isi - isi penting dan memberi tumpuan kepada mesej utama yang ingin disampaikan, dan bukannya gabungan fakta-fakta dan angka-angka yang kadang-kadang boleh menyebabkan kekeliruan yang lebih daripada menjelaskan mesej sebenar.Ini juga akan membolehkan pengucap kurang menumpukan perhatian kepada idea-idea yang menarik untuk difikirkan dan perlu memfokuskan ke arah perkara-perkara yang menjadikan ia lebih mudah difahami.
- Kurangkan berfikir tentang kesilapan dan masalah yang bakal anda lakukan dalam pengucapan awam di mana ia akan menyebabkan anda akan membuat kesilapan di sepanjang pengucapan.
- Kenali audiens anda dengan lebih rapat. Dalam tips yang akan datang saya akan berkongsi kepada anda bagaimana ingin mengenali audiens anda dengan lebih rapat.
- Buat kajian tentang lokasi yang bakal anda adakan pembentangan. Pastikan anda tahu lokasi tepat, keadaan persekitaran, lokasi lain seperti parkir atau pun toilet, periksa keadaan stage anda, dapatkan feel berada di atas pentas, periksa slide ataupun projektor (jika perlu)
- Datang awal ke lokasi 1 jam sebelum latihan atau seminar bermula. Selain mendapatkan "feel" berada di atas pentas, anda perlu pastikan peralatan bantu mengajar disediakan seperti flipchart board, kertas mahjong, marker pen, pemadam papan putih, LCD projektor, Screen projektor dan yang paling penting persiapan anda.
- Lakukan senaman ringkas untuk menenangkan jiwa dan emosi anda supaya anda sentiasa dalam keadaan tenang. Anda boleh melakukan senaman "isometrics" iaitu senaman yang tidak perlu menggunakan kekuatan fizikal yang banyak seperti berjogging. Anda boleh membuat senaman isometrics ditempat duduk anda atau di mana lokasi yang anda rasakan sesuai setengah jam sebelum anda berucap. Sebagai contoh, salah satu senaman "Isometric" yang ringkas adalah seperti meregangkan tangan dan badan anda.
Semoga tips kali ini memberikan sedikit sebanyak ilmu pengetahuan kepada anda agar ia boleh dipraktikkan sebelum anda mengendalikan sebarang pembentangan atau ucapan atau latihan di hadapan audiens.
